Glory of Sparta adalah Istimewa Tahunan Travian: Legends 2022. Berikut ialah gambaran keseluruhan ciri-cirinya yang berbeza dengan dunia permainan baharu biasa.
Ciri khas utama yang disimpan dari Istimewa Tahunan sebelumnya:
- Peta Eropah Kuno (dengan perubahan)
Server Istimewa - Peta Wilayah - 87 wilayah yang boleh ditakluki yang menghasilkan Mata Kemenangan (bukannya pengakhiran permainan Keajaiban Dunia)
Server Istimewa - Wilayah dan Populasi - Mata Kemenangan disimpan di kampung
Server Istimewa - Kekuatan Kuno dan Mata Kemenangan - Sistem penaklukan baru (puak kampung tidak berubah ketika penaklukan)
- Penerusan pasukan dan penggabungan pasukan
Server Istimewa - Penerusan Pasukan
Server Istimewa - Penggabungan Pasukan - Bandar
Server Istimewa - Bandar - Serangan dan serbuan kelihatan dalam senarai ahli persekutuan
Puak Baru
Spartan! Pertama kali sejak 2017 sebuah puak baru tiba di Travian. Mereka memiliki unit mereka sendiri dan Asclepion - sebuah bangunan khas.
Perubahan Menara Pengawal
Atas sebab penyeimbangan, kesan menara pengawal daripada Tides of Conquests, yang meningkatkan keupayaan Titik Perhimpunan untuk melihat jenis askar yang masuk, telah dikeluarkan. Sebaliknya, menara pengawal memberikan bonus pertahanan tambahan kepada tembok.
Server Istimewa - Menara Pengawal
Mekanisme kemunculan baru
Pemain baharu tidak akan lagi memulakan permainan berdekatan dengan tengah peta. Sebaliknya, setiap kuadran peta mempunyai susunan wilayah tertentu di mana pemain baharu akan muncul. Ia akan bermula di satu wilayah dan setelah semua tempat kemunculan diambil, pemain baharu akan mula muncul di wilayah seterusnya, dan seterusnya.
Penerusan pukal
Meneruskan askar dari banyak kampung dari banyak pemain memerlukan banyak klik. Kini ia lebih mudah dengan keupayaan untuk meneruskan banyak kumpulan unit sekali gus. Selain itu, penghantaran semula askar ke kampung asal mereka kini boleh dilakukan dan tidak mengakibatkan mesej ralat dan langkah tambahan yang tidak perlu.
Menyembunyikan pemberitahuan serangan dalam senarai kampung
Menandakan sebarang serangan masuk dalam Titik Perhimpunan dengan titik hijau akan menyembunyikan ikon pedang merah yang memaklumkan tentang serangan ini dalam senarai kampung (ciri Akaun Plus).
Serangan palsu secara automatik tersembunyi dalam senarai ahli persekutuan
Sebarang serangan dengan jumlah askar yang lebih rendah daripada tahap Titik Perhimpunan tidak akan ditunjukkan dalam senarai ahli persekutuan lagi.
Ambil perhatian bahawa ciri ini dan sebelumnya adalah 2 perkara yang berbeza dan kemungkinan serangan yang sama ditunjukkan dalam senarai kampung, tetapi tidak ditunjukkan dalam senarai ahli persekutuan atau sebaliknya.