Shores of War ialah Istimewa Tahunan 2023 Travian: Legends. Berikut ialah gambaran keseluruhan cirinya yang berbeza dengan dunia permainan biasa.
Ciri khas utama yang dibawa daripada Istimewa Tahunan sebelum ini:
- Peta Eropah Purba (tetapi kali ini rata) dan mekanik pemunculan berasaskan wilayah
Pelayan Khas - Peta Wilayah - 87 wilayah yang boleh ditakluki yang menghasilkan Mata Kemenangan (bukannya perngakhiran Keajaiban Dunia)
Pelayan Khas - Wilayah dan Penduduk - Mata Kemenangan disimpan di kampung
Pelayan Khas - Kuasa Purba dan Mata Kemenangan - Puak kekal ketika penjajahan
- Pemajuan pasukan (termasuk pemajuan pukal) dan penggabungan pasukan
Pelayan Khas - Majukan Pasukan
Pelayan Khas - Gabungkan Pasukan - Bandar dan Menara Pengawal
Pelayan Khas - Bandar
Pelayan Khas - Menara Pengawal - Enam puak, termasuk Sparta dengan Asclepion mereka
- Serangan dan serbuan kelihatan dalam senarai ahli persekutuan
Pelayan Khas - Notifikasi Serangan Persekutuan
Peperangan dan perdagangan laut
Buat pertama kali dalam sejarah, Travian: Legends mempunyai kapal. Laut, sungai utama dan beberapa tasik adalah perairan dalam dan boleh dilayari.
Pelabuhan
Dibuka di pantai di sebelah perairan dalam untuk membolehkan membina pelabuhan.
Pelayan Khas - Pelabuhan dan Perairan Dalam
Kapal
Bina kapal perang di pelabuhan untuk mengangkut askar anda dengan cepat di atas perairan dalam. Atau bina kapal perdagangan untuk meningkatkan keupayaan kampung anda untuk memindahkan sumber.
Oleh kerana kapal bergerak dengan pantas di perairan dalam, tetapi kelajuan tetap askar atau pedagang mengikut kelajuan di atas daratan, pelayar merancang laluan yang paling cepat, tidak semestinya yang terpendek.
Pelayan Khas - Kapal dan Pergerakan Tentera Laut
Pilih puak kampung kedua anda
Di kampung permulaan anda, anda boleh memilih puak untuk penempatan pertama anda. Ini berfungsi sekali sahaja, jadi pilih dengan cermat. Hanya jika pembukaan kampung tidak berjaya, anda boleh mencuba lagi. Bila kampung ke-2 telah dibuka, anda tidak lagi boleh memilih puak, walaupun kampung itu hancur.
Peta rata
Tepi peta tidak boleh dilintasi lagi. Ini bermakna kawasan di tepi bertentangan peta (seperti Volubilis dan Hyperborea) tidak lagi berjiran antara satu sama lain.
Tiada konfederasi
Hanya satu persekutuan boleh menang. Hubungan diplomatik terhad kepada pta dan perang.
Membatalkan penghantaran
Sebarang penghantaran boleh dibatalkan dalam masa 60 saat pertama dari waktu pedagang atau kapal perdagangan meninggalkan kampung.
Tiada VP untuk pemain yang tidak aktif
Apabila Mata Kemenangan dibahagikan antara pemain persekutuan yang mengawal wilayah, pemain tidak aktif selama sekurang-kurangnya 72 jam (dengan titik aktiviti merah atau kelabu) diabaikan.
Map.sql dikemaskini
Fail yang mengandungi data tentang peta permainan dan kampung pemain, ia juga akan menyertakan maklumat sama ada kampung itu mungkin mempunyai pelabuhan atau tidak.